Translate

Wednesday, 18 March 2015

Perjanjian 18/20 Perkara Sabah dan Sarawak

Perjanjian Perkara 18 & 20 Sabah dan Sarawak

Perkara 1: Agama
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.

Perkara 2: Bahasa
*. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bagi Persekutuan
B. Bahasa Inggeris akan terus digunakan bagi tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia
C. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Borneo (Sarawak & Sabah) bagi segala maksud, Negeri atau Persekutuan, tanpa had masa.


Perkara 3: Perlembagaan

Sementara menerima bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu patut dijadikan asas Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Malaysia harus menjadi dokumen yang benar-benar baru yang dirangka dan dipersetujui dalam cahaya persatuan negeri yang bebas daripada dan tidak seharusnya menjadi satu siri pindaan
kepada satu perlembagaan yang dirangka dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berlainan dalam keadaan berlainan sama sekali. Satu Perlembagaan baru bagi Borneo (Sarawak & Sabah) adalah kursus yang penting.


Perkara 4: Ketua Persekutuan

Ketua Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah) tidak seharusnya layak untuk dipilih semula sebagai Ketua Persekutuan.


Perkara 5: Nama Persekutuan

"Malaysia" tetapi tidak "Melayu Raya"

Perkara 6: Imigresen

Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo
(Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).


Perkara 7: Hak Pemisahan

Seharusnya tidak ada hak untuk menarik diri dari Persekutuan


Perkara 8: Borneanisation

Borneanisation daripada perkhidmatan awam perlu diteruskan secepat mungkin.


Perkara 9: Pegawai British

Setiap usaha perlu dibuat untuk menggalakkan Pegawai British untuk kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang yang berkelayakan dari Borneo (Sarawak & Sabah)


Perkara 10: Kewarganegaraan

Cadangan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold perlu mentadbir hak kerakyatan di dalam Persekutuan Borneo (Sarawak & Sabah) tertakluk kepada pindaan yang berikut:
* A) sub-perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi proviso sebagai hingga lima tahun kediaman
* B) dalam usaha untuk mengikat dengan undang-undang kami, sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca "7 daripada 10 tahun" dan bukannya "8 daripada 10 tahun"
* C) sub-perenggan (iii) tidak seharusnya mengandungi apa-apa sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa - orang yang lahir di Borneo (Sarawak & Sabah) selepas Malaysia mesti menjadi warganegara persekutuan.


Perkara 11: Takrif dan Kewangan

Borneo (Sarawak & Sabah) harus mengawal kewangan sendiri, pembangunan dan tarif, dan seharusnya mempunyai hak untuk menentukan cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman pada kredit sendiri.


Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli

Pada dasarnya, kaum pribumi Borneo (Sarawak & Sabah) harus menikmati hak istimewa sejajar dengan apa yang dinikmati oleh Melayu di Malaya, tetapi formula orang Melayu sekarang dalam hal ini tidak semestinya diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah).


Perkara 13: Kerajaan Negeri

* A) Perdana Menteri sepatutnya dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Mesyuarat Negara
* B) Perlu ada sistem Menteri di Borneo (Sarawak & Sabah).


Perkara 14: Tempoh peralihan

Ini seharusnya menjadi tujuh tahun dan dalam tempoh itu, kuasa perundangan mesti ditinggalkan dengan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) oleh Perlembagaan dan tidak boleh semata-mata diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.


Perkara 15: Pelajaran

Sistem pendidikan Borneo (Sarawak & Sabah) sedia ada perlu dikekalkan dan atas sebab ini, ia perlu berada di bawah kawalan kerajaan.


Perkara 16: perlindungan Perlembagaan

Tiada pengubahsuaian pindaan atau penarikan balik mana-mana perlindungan khas yang diberikan kepada Borneo (Sarawak & Sabah) hendaklah dibuat oleh Kerajaan Pusat tanpa persetujuan positif Kerajaan Negeri Borneo Utara

Kuasa meminda Perlembagaan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) harus dimiliki secara eksklusif kepada rakyat di negeri ini. (Nota: Parti Bersatu, Parti Demokratik dan Parti Pasok Momogun yang menganggap bahawa majoriti tiga perempat akan diperlukan untuk melaksanakan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri manakala
UNKO dan USNO
dianggap majoriti dua pertiga akan mencukupi).


Perkara 17: Wakil di Parlimen

Ini harus mengambil kira bukan sahaja daripada penduduk Borneo (Sarawak & Sabah) tetapi juga yang merampas dan potensinya di mana-mana kes tidak boleh kurang daripada Singapura.


Perkara 18: Nama Ketua Negara

Yang di-Pertua Negara.


Perkara 19: Nama Negara

Sarawak atau Sabah.

*( Bukan berstatus "Negeri" dalam Malaysia , Sabah dan Sarawak adalah berstatus "Negara" )

Perkara 20: Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan, dll.
Peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah). Begitu juga, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak perlu memohon di Borneo (Sarawak & Sabah).


Source : http://www.pengerindu.com/2012/06/original-agreement-of-malaysia-9-july.html#ixzz3UnUos71w
SABAH & SARAWAK Unique & Influential Blogger. 

Lagenda Ikan Patin & Kenapa Kebanyakan Melayu Sarawak Tidak Memakannya.

Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.
Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.
Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.
Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.
Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.
Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.
Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.