Translate

Thursday, 8 January 2015

Wajarkah Pelajar Sekolah Membawa Telefon Bimbit Ke sekolah pada sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung ?

Zaman kini, Pelajar mempunyai aktiviti yang banyak di sekolah sehingga memaksa mereka untuk pulang ke rumah pada waktu petang. Pelajar memerlukan telefon untuk memaklumkan kepada ibubapa mengenai aktiviti yg dijalankan oleh mereka dan waktu mereka ingin balik dari sekolah supaya ibubapa dapat menjemput pelajar balik pada waktu yang tepat dan selamat.

Kita sedia maklum bahawa, peningkatan teknologi kini memaksa sebahagian aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar kini membantu pelajar dalam pembelajaran dan sebagai alat bantu mengajar bagi guru-guru di sekolah.

Namum begitu, terdapat juga keburukkan pengunaan peranti tersebut. Apabila telefon bimbit dibenarkan dibawa ke sekolah, Pelajar akan kurang memberi tumpuan sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran p&p di sekolah.Dengan adanya Laman Media Sosial seperti Facebook, Twitter, Wechat dan sebagainya, pelajar akan sentiasa memberi tumpuan terhadap laman tersebut sehingga mereka kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Trend kini seperti selfie akan menyebabkan terganggunya sesi p&p di sekolah.
Pengambilan Gambar dan Video yang kurang menyenangkan akan berlakunya masalah sosial. Gambar dan Video tersebut akan disebarkan di internet. Kes kecurian telefon bimbit akan kerap berlaku di sekolah dan akan menyusahkan pihak sekolah

Ini merupakan sebahagaian implikasi pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Saya lebih kepada kurang setuju jika pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah.

Tetapi, Kementerian Pendidikan harus mencadangkan beberapa cara yang efektif jika pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit seperti penyediaan loker dengan kawalan kamera litar tertutup bagi memudahkan pelajar menyimpan barang peribadi dengan selamat. Pihak sekolah juga harus membekalkan telefon di sekolah bagi memudahkan pelajar menelefon ibubapa jika ada kecemasan dan sebagainya.